Jumaat, 13 Mei 2011

insurans perlu atau tidak?


Ada orang kata insuran ni pelaburan, sebab selain memperolehi perlindungan, kita juga akan mendapat keuntungan apabila polisi matang. Apa pendapat anda? Bagi saya, insuran bukan lah satu instrumen pelaburan yang baik. Sebab utama adalah kerana pulangan yang sangat rendah malah kita terikat dengan manipulasi pihak yang menyediakan polisi (syarikat insurans) serta agen kerana syarikat insurans membayar komisyen kepada agen menggunakan wang yang kitakira telah dilaburkan.Fikir kan lah

Tapi, adakah semua orang memerlukan insuran? Sebenarnya, hanya mereka yang menyara tanggungan memerlukan insuran(seperti seoarng bapa). Jika anda tiada tanggungan, lebih baik labur saja dalam ASB atau unit trust, saham atau hartanah. Ini termasuklah mereka yang masih bujang. Jangan terperangkap dengan polisi perlindungan yang "pelik tapi benar", seperti perlindungan pendidikan, perlindungan anak-anak dan sebagainya. Yang perlukan polisi adalah penyara keluarga bukannya ahli keluarga yang disara.

an insurans kesihatan bagi mereka yg memerlukan. Pendapat ini diilhamkan daripada buku Azizi Ali.

Khamis, 5 Mei 2011

PUISI BUAT OSAMA


kalau sampai waktuku
ku mau tak seorang kan merayu
tidak juga kau
tak perlu sedu sedan itu
aku ini binatang jalang
dari kumpulannya terbuang
biar peluru menembus kulitku
aku tetap meradang menerajang
luka dan bisa kubawa berlari
berlari
hingga hilang pedih peri
dan aku lebih tidak perduli
aku mahu hidup seribu tahun lagi.
- Chairil Anwar.

P/S (
Untuk Osama al Fatihan kalau saudara telah kembali ke hadrat Allah, subhanalllah kalau anda masih hidup dan mengheret senjata memburu tenteta laknautullah Amerika)

Sabtu, 5 Mac 2011

RUMAH IDAMAN



Berikut adalah amaun kelayakan pinjaman perumahan yg terkini. Ini berita baik untuk pegawai awam.

AMAUN KELAYAKAN PINJAMAN
Amaun kelayakan pinjaman adalah berdasarkan kepada gaji hakiki semasa.
BIL GAJI HAKIKI KELAYAKAN (RM)
1 6500 ke atas 450,000.00
2 5500 ke 6499 420,000.00
3 4500 ke 5499 400,000.00
4 3500 ke 4499 380,000.00
5 3000 ke 3499 320,000.00
6 2500 ke 2999 280,000.00
7 2000 ke 2499 255,000.00
8 1500 ke 1999 205,000.00
9 1200 ke 1499 168,000.00
10 1000 ke 1199 130,000.00
11 800 ke 999 105,000.00
12 799 dan ke bawah 80,000.00

Sabtu, 26 Februari 2011

melabur emas


Berdasarkan analisis teknikal dan keadaan politik semasa dunia sekarang, saya berpendapat telah tiba masa untuk membeli emas sekarang. Harga emas telah jatuh sebanyak 10% daripada harga tertinggi, tapi sejak awal Februari tahun ini, harga emas telah kembali stabil dan naik semula, tapi masih pada harga diskaun 5% daripada harga tertinggi.
da beberapa cara untuk turut melabur dgn kenaikan harga emas, iaitu:

1. Beli emas fizikal (jongkong emas atau siling emas).

2. Melabur dalam Gold Investment Account (Public Bank memberikan spread terbaik).

3. Melabur dalam dana AmPrecious Metals.

4. melabur dengan kuwait finance House

Saya lebih suka cara 1 dan , sebab ia nya patuh syariah.Rujuk zaharudin.net untuk makluman. Perlu berhati-hati sebab sekarang ada emas fizikal palsu yang tidak dapat dikesan oleh mesin. Malah trader professional dalam emas di Hong Kong pun boleh tertipu.

Ada juga pelabur yang menggunakan teknik Ar-Rahnu, tapi saya berpendapat cara ni tidak berbaloi dan risiko tinggi, sebab upah Ar-Rahnu sekitar 7% untuk 6 bulan, setahun kos upah dah 14%. Beli emas dah kena kos 4-7%, tambah kos Ar-Rahnu 14%, maknanya untuk untung, harga emas perlu naik melebihi 18% – 23%. Ini pendapat saya lah, mungkin ada pelabur-pelabur emas yg ingin memberi komen, dialu-alukan.

Ahad, 26 Disember 2010

Roda hidup berputar lagi(permulaan dari permulaan yang lalu)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saya sebenarnya "dipaksa" oleh seorang teman untuk memulakan blog ini setelah ditinggalkan buat sekian lama . Rupanya beliau banyak memerhati saya dari jerung berbeza.Kekadang mengkritik dengan kritikan yang agak tajam macam 'kaca'.katanya setiap perjalanan roda hidup mesti dirakam. Saya tidak pasti apa "ilmu" yang dipakai teman baru saya ini yang berjaya "mempengaruhi" saya untuk bersetuju "mencatat apa sahaja tentang kehidupan ini". Katanya, banyak juga tulisan-tulisan saya yang sinis kekedang nampak seperti lebih antagonis( ye ke ni) boleh memeuhi setiap ruag kosong yang ada.Janji boleh dilafazkan. Jaminan boleh diberi. Tapi untuk memastikan blog ini sentiasa ceria dengan tulisan-tulisan baru tentang segi-segi kehidupan yang menyimpan begitu banyak misteri ini, ia tentulah merupakan tugas sukar, apa lagi untuk mengelak tema yang dipilih sentiaa baru dan sedap dibaca.

Sekadar termampu saya cuba untuk berkongsi rasa dengan anda sekalian. Biar kita sama-sama "nikmati" kehidupan yang sementara ini, dengan menyingkap pelbagai lapisan misteri di dalamnya. Terima kasih.

Rabu, 18 November 2009

ADA LAGI


MEMANG terasa begitu rimas dengan asakan kawan- kawann, mengapa blog ini terhenti dan berjada begitu lama. Ternyata kesibukan membataskan pergerakan, imiginasi dan juga khayalan.
Sedangkan dunia pendidikan dan pemain terus bergolak, pelbagai perkara timbul sambut-menyambut, malah debarnya tambah kencang dan mencetuskan polemik yang cukup menarik.
Ya, bukankah pentas siasah begitu fitrahnya, sehingga memerlukan pemainnya yang tangkas dan cergas, yang mendahului dan mendefinisi, bukannya yang mengekori atau sekadar pasif memerhati?
Sifat semulajadi iklim dunia pendidikan ini memang mudah membahang dan meruap. Namakan apa jua isu, tentu ada pro dan kontranya. Daripada “usikan manja” yang tidak bertanggungjawab, tukar – balik kamppung, hubungan PIBG – pihak sekolah, kerja yang tidak menentu, waktu hari minggu diragut sewenangnya serta banyak lagi yang sukar untuk dijelaskan.
Pelajar ,memerhatikan dari dekat gelagati, sejauh mana amanah ditunaikan dengan penuh rasa tanggungjawab.
Selepas 6 tahun di pentas pendidikan , mampukah budaya kerja dan iklimnya berubah menjadi lebih matang dan terbuka, atau tertutup dibawah saji.
Apa pun, tulisan pendek ini hanya untuk membawa mesej bahawa kulitdelima belum berakhir.
Insya-Allah _

Rabu, 2 September 2009

PENCARIAN SEPANJANG JALAN


RAMADAN sudah melewati fasa 10 hari kedua, yang dijanjikan keampunan (maghfirah), selepas Allah melimpahkan rahmat, sebelum "pembebasan dari api neraka". Bagi yang alpa-leka dan mensesiakan tempoh satu pertiga Ramadan yang berlalu itu, masa belum terlambat untuk kembali merebut peluang keemasan, yang tentunya tidak dapat dipastikan akan berulang pada tahun depan. Namun, ini mungkin Ramadan terakhir buat kita. Penghujung nyawa adalah rahsia. Renungilah. Justeru jangan terleka. Peluklah dengan penuh kecintaan - setelah rindu yang amat sangat terlerai sudah - Ramadan yang sarat dengan keberkatan ini. Pintu-pintu syurga terbuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan terbelenggu. Hamparan ketakwaan dibentang seluas-luasnya.
Lailatulqadar
Saya mula tercari-cari Lailatulqadar yang tidak pernah saya temui. Macam mana hendak jumpa sebab saya sama seperti sebahagian besar generasi baru dibesarkan dalam suasana tidak menjuruskan ke arah itu. Ini kerana pengertian Ramadan dan Aidilfitri terpesong terlalu jauh daripada apa saya fahami sejak merajinkan diri menghadiri tazkirah dan membaca buku – buku agama sejak beberapa tahun lalu. Bagi kebanyakan orang Melayu, Ramadan dan Aidilfitri sudah menjadi semacam satu budaya; tidak terikat kepada apa dikehendaki Islam daripadanya. Dan saya sebagai seorang Melayu terikut-ikut dalam budaya yang berat untuk saya katakan sonsang ini. Ketika ini pada ketika segelintir insan bertakwa menangisi Ramadan yang akan berakhir tidak lama lagi, ada kumpulan-kumpulan tertentu bertungkus-lumus menyiapkan program-program lara atas nama kemuliaan Syawal untuk disiarkan di skrin-skrin televisyen. Maka sepanjang raya, terpancar dan berkemundanglah segala program hiburan terutama nyanyian, tidak henti-henti 24 jam sehari.Tujuan Ramadan adalah untuk menghasilkan insan bertakwa dan tawaran Allah SWT, menjanjikan pengampunan dan bebas daripada api neraka sewajarnya menjadi buruan setiap Muslim. Itulah yang baru saya ketahui sejak akhir-akhir ini menyebabkan saya termenung memikirkan betapa jauh saya selama ini. Mungkin itu antara sebab mengapa Lailatulqadar yang saya cari, belum terjumpa lagi. Kepada yang sudah menemui lailatulqadar,Kita seolah-olah merasakan sudah ada bekalan "di sana", umpama sudah siap menunggu kekasih kita "di sana". Masya Allah, perasaan kudus itu bagai meresap bersama aliran darah; pastinya kita cukup takjub dengan rasa nikmat kecintaan , yang sukar untuk ditafsir oleh sehebat mana madah sekalipun.