Rabu, 18 November 2009

ADA LAGI


MEMANG terasa begitu rimas dengan asakan kawan- kawann, mengapa blog ini terhenti dan berjada begitu lama. Ternyata kesibukan membataskan pergerakan, imiginasi dan juga khayalan.
Sedangkan dunia pendidikan dan pemain terus bergolak, pelbagai perkara timbul sambut-menyambut, malah debarnya tambah kencang dan mencetuskan polemik yang cukup menarik.
Ya, bukankah pentas siasah begitu fitrahnya, sehingga memerlukan pemainnya yang tangkas dan cergas, yang mendahului dan mendefinisi, bukannya yang mengekori atau sekadar pasif memerhati?
Sifat semulajadi iklim dunia pendidikan ini memang mudah membahang dan meruap. Namakan apa jua isu, tentu ada pro dan kontranya. Daripada “usikan manja” yang tidak bertanggungjawab, tukar – balik kamppung, hubungan PIBG – pihak sekolah, kerja yang tidak menentu, waktu hari minggu diragut sewenangnya serta banyak lagi yang sukar untuk dijelaskan.
Pelajar ,memerhatikan dari dekat gelagati, sejauh mana amanah ditunaikan dengan penuh rasa tanggungjawab.
Selepas 6 tahun di pentas pendidikan , mampukah budaya kerja dan iklimnya berubah menjadi lebih matang dan terbuka, atau tertutup dibawah saji.
Apa pun, tulisan pendek ini hanya untuk membawa mesej bahawa kulitdelima belum berakhir.
Insya-Allah _

3 ulasan:

Cikgu Dija berkata...

bagus wahai sahabat... jangan biarlah bahasa berhibernasi... biarkan bahasa terus berbicara mencari identiti kata...

EdiAnje Al-Fathanie berkata...

"Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya,
tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya"

en_me berkata...

lamernyer x update blog nih.. ihihi