Rabu, 2 September 2009

PENCARIAN SEPANJANG JALAN


RAMADAN sudah melewati fasa 10 hari kedua, yang dijanjikan keampunan (maghfirah), selepas Allah melimpahkan rahmat, sebelum "pembebasan dari api neraka". Bagi yang alpa-leka dan mensesiakan tempoh satu pertiga Ramadan yang berlalu itu, masa belum terlambat untuk kembali merebut peluang keemasan, yang tentunya tidak dapat dipastikan akan berulang pada tahun depan. Namun, ini mungkin Ramadan terakhir buat kita. Penghujung nyawa adalah rahsia. Renungilah. Justeru jangan terleka. Peluklah dengan penuh kecintaan - setelah rindu yang amat sangat terlerai sudah - Ramadan yang sarat dengan keberkatan ini. Pintu-pintu syurga terbuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan terbelenggu. Hamparan ketakwaan dibentang seluas-luasnya.
Lailatulqadar
Saya mula tercari-cari Lailatulqadar yang tidak pernah saya temui. Macam mana hendak jumpa sebab saya sama seperti sebahagian besar generasi baru dibesarkan dalam suasana tidak menjuruskan ke arah itu. Ini kerana pengertian Ramadan dan Aidilfitri terpesong terlalu jauh daripada apa saya fahami sejak merajinkan diri menghadiri tazkirah dan membaca buku – buku agama sejak beberapa tahun lalu. Bagi kebanyakan orang Melayu, Ramadan dan Aidilfitri sudah menjadi semacam satu budaya; tidak terikat kepada apa dikehendaki Islam daripadanya. Dan saya sebagai seorang Melayu terikut-ikut dalam budaya yang berat untuk saya katakan sonsang ini. Ketika ini pada ketika segelintir insan bertakwa menangisi Ramadan yang akan berakhir tidak lama lagi, ada kumpulan-kumpulan tertentu bertungkus-lumus menyiapkan program-program lara atas nama kemuliaan Syawal untuk disiarkan di skrin-skrin televisyen. Maka sepanjang raya, terpancar dan berkemundanglah segala program hiburan terutama nyanyian, tidak henti-henti 24 jam sehari.Tujuan Ramadan adalah untuk menghasilkan insan bertakwa dan tawaran Allah SWT, menjanjikan pengampunan dan bebas daripada api neraka sewajarnya menjadi buruan setiap Muslim. Itulah yang baru saya ketahui sejak akhir-akhir ini menyebabkan saya termenung memikirkan betapa jauh saya selama ini. Mungkin itu antara sebab mengapa Lailatulqadar yang saya cari, belum terjumpa lagi. Kepada yang sudah menemui lailatulqadar,Kita seolah-olah merasakan sudah ada bekalan "di sana", umpama sudah siap menunggu kekasih kita "di sana". Masya Allah, perasaan kudus itu bagai meresap bersama aliran darah; pastinya kita cukup takjub dengan rasa nikmat kecintaan , yang sukar untuk ditafsir oleh sehebat mana madah sekalipun.

2 ulasan:

EdiAnje Al-Fathanie berkata...

Salam ramadhan yg sudah meniti ke penghujung & slmt m'yambut aidilfitri yg bakal menjengah sedikit masa lg..

nizzam aka isometrikdp berkata...

lame x update tuan...kenapa dikau menyepikan diri....