Isnin, 3 Ogos 2009

ULASAN BUKU


PADA saya tidak ada untungnya kita menjadikan tafsiran siapa itu Melayu sebagai satu stereotaip atau memperkecilkan kumpulan lain yang juga Melayu semata-mata kerana kita bertentangan pemikiran dan nilai, dan cara hidup. Tidak patut ada stereotaip Melayu kerana seperti bangsa dan kaum lain di dunia ini, Melayu mempunyai banyak serpihan dan lapisan, banyak ketidaksamaan, banyak asam ragam. – petikan dari buku saya pun melayu.


Saya Pun Melayu dibahagikan kepada 3 bahagian – dan dipecahkan kepada 20 bab. Kisah hidup pengarang ini diungkap dari sejak kecil hingga dewasa, dan seperti kisah kejayaan yang lazimnya, Zaid Ibrahim lahir dari kemiskinan dan perpisahan kedua ibu dan bapanya sewaktu kecil. Berjalan sejauh 6 km ke sekolah di Kelantan dan belajar atas biaya sendiri ketika di London untuk menjadi seorang peguam yang berjaya.

Saya Pun Melayu wajar jadi bacaan kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran kerana itulah intipati buku ini – kebenaran harus ditampilkan walaupun pahit. Ditulis dalam bahasa yang mudah dan mampu difahami oleh siapa sahaja. Buku ini bukan sekadar rakaman peristiwa dan perjalanan pengarangnya malah adalah pandangan kritis mengenai isu semasa khususnya berhubung politik semasa yang dilabelkan sebagai 'demokrasi kangkung' dan murahan! Selain dari itu, Saya Pun Melayu boleh melonjak motivasi anak-anak muda untuk berjaya seperti pengarangnya.
Sebenarnya buku ini bagi saya adalah satu memeoir perjalanan pulang seorang politicking. Sebenarnya kalau di kelantan, nama Zaid Ibrahim adalahh terlalu “elit”. Dan tindakannya memfailkan saman keatas undang – undang kanun jenayah di Kelantan “menakutkan” ramai pihak terutama orang kelantan. Dan ianya dijelaskan dengan agak panjang dalam buku Saya pun melayu ini. Atas alasan itu saya menyatakan buku ini adalah satu “perjalanan pulang seorang politiking”.
Terima kasih juga kepada Tuan Husni kerana sudi berkongsi buku yang hebat ini.

Tiada ulasan: