Isnin, 6 Julai 2009

Aduhai wok long

Perang yang diisytiharkan untuk ah long sungguh meremang kan .Tampak sesungguhan dari pemerintah.Rasanya ramai yang tidak setuju jika ianya hanya diujukan kepada ah Long.Bagaimana dengan Wok Long ( baca kad kredit)yang berlesen ini.Wakil Wok long (baca Kad kredit) ini ada dimana – mana. Promosi dan iklan menghiasi dada akbar dan jua muka – muka televisyen hatta ada wakil wok long(baca kad kredit) ini datang kesekolah.Hingga kini ramai yang menjadi mangsa.Sering kali, apa yang dilakukan adalah membayar jumlah minimum sahaja setiap kali menerima penyata wok long ( kad kredit.)Tahukah kita, sekiranya kita mempunyai hutang dengan wok long ( kad kredit), contohnya mempunyai hutang RM5,000, dan hanya membayar jumlah minimum yang tertera setiap bulan…… ianya akan mengambil lebih kurang 19 tahun untuk melangsaikan keseluruhan hutang kita? Sebagai tambahan, kita akan membayar hampir RM10,000 secara keseluruhan!Di situlah terjadinya jerat kad kredit… setiap kali anda membayar baki minimum, masih terdapat lagi baki-baki lain yang dikenakan dalam lingkungan 18% interest.Jadi, berpada-pada dalam menggunakan kad kredit, dan sebolehnya, langsaikan hutang kad kredit secepat mungkin oleh kerana interest kad kredit adalah interest pinjaman yang paling tinggi! .Lihat saja pada buli tin (baca bulletin) utama ,yang tersiar dua tiga hari yang lalu, hampir separuh yang bankrap adalah disebabkan kad kredit.disekeliling kita tentu ada.Tak payah merenung dari kejauhan,ianya ada disekeliling kita.Dan yang paling terjerat adalah dalam lingkungan 25 tahun – 35 tahun. Jom pakai woklong

Tiada ulasan: