Ahad, 12 Julai 2009

MEMBELIT LIDAH










Sebenarnya agak lewat saya memberi respon terhadap permansuhan PPsmi. Bukan tidak prihatin tetapi sedikit berhati – hati agar ulasan saya tidak dipengaruhi emosi yang berbaur kegembiraan ini.Apa tidaknya , maruah bahasa yang saya pertuturkan , bahasa di dalam lamunan mimpi hatta bahasa sendu ketika tangisan ini diletakkan ditempatnya bukan lagi umpama rumput ditengah jalan yang hanya mampu dipijak – pijak.
Enam tahun mememang cukup merimaskan .cetusan idea yang kalut ini ternyata membataskan pergerakan pengajaran , imaginasi juga khayalan. Sedangkan dunia pendidikan dan siasahnya sangat mendesak terutama dikawasan luar Bandar. Ya dunia pendidikan begitu fitrahnya, ia sentiasa berubah mengikut selera yang berada dipuncak kuasa , sedangkan ia memerlukan pemainnya yang tangkas dan cergas , yang mendahului dan mendefinasi bukan nya yang mengekori atau sekadar pasif memerhati.Ini antara analoginya saya seawalnya kurang setuju dengan dasar yang membawa kepada kekalutan ini.
Cuba anda lihat laporan akbar bila Tan sri Muhyidin yasin memansuhkan ppsmi. Cuba perhatikan dengan jurang pencapaian seperti dilaporkan dalam utusan Malaysia:
semua kajian selepas pelaksanaan menunjukkan jurang pencapaian antara pelajar yang boleh menguasai bahasa Inggeris dan yang tidak ada kemahiran bahasa Inggeris di dalam mata pelajaran matematik dan sains semakin besar tahun demi tahun.
Mereka yang masih menyokong dasar PPSMI ini patut membaca kajian mendalam yang dilakukan oleh PEMBINA, di mana analisis dan pantauan mereka menunjukkan dasar ini bukan sahaja gagal tetapi gagal metah. Kalau alasan mereka masih 'sains dan matematik' maka laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke tangga ke-21 pada 2007 dan bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 ke tangga ke-20 pada 2007 wajar dijadikan iktibar.Betapa sebelum ini ia nya hanya disimpan dibawah karpet
Percayalah, jika hanya bersandarkan alasan rasional yang dikemukakan dalam bilik berhawa dingin, PPMSI pasti tidak akan dimansuhkan. Tembakan gas pemedih mata dan pancuran air kimia juga menjadi saksi bagaimana penguasa akhirnya dapat dijinakkan, sekurang-kurangnya buat sementara waktu. Ya, asakan dan tekanan politik juga yang digeruni dan difahami penguasa.
Sebenarnya NGO dan pejuang bahasa tidak pernah penat dan berkhayal . Kini impian pejuang hampir menjadi nyata.Anak – anak bakal mempelajari ilmu sains dan matematik dalam bahasa pertuturan harian dan bakal meningkatkan kefahaman.
Terima kasih pada semua, terima kasih pada Tan Sri Muhyidin Yasin , Pejuang – pejuang bahasa, Ngo – Ngo dan orang perseorangan yang selama ini konsistensi membantah dasar terkebelakang ini. PPSMI bakal ditalkinkan.Dan tiada lagi “membelit lidah”- Namun kita jumpa lagi untuk peringkat universiti.

Tiada ulasan: