Isnin, 25 Mei 2009

HAYATI PERJALANANA INI


Sudah 10 hari demam berlalu, mampu mengundang 1001 kisah dan tauladan yang tidak bisa untuk terus dilupakan. Pengalaman demam denggi kira – kira 10 tahun yang lalu membuatkan saya cukup berpengalaman dan berani menghadapi detik – detik cemas.
Anak saya , Ahmad Yasin Amsyar , 2 mengalami nasib yang hampir sama, Demam nya yang nampak hampir kebah pada sebelah petang nya menjadi panas dengan suhu kira – kira 42 0c pada sebelah malam.
Pada malam 14 hb, kira – kiara jam 2 pagi belum pun sempat melelapkan mata , isteri saya mengejut cemas, dia menyatakan anak saya badan nya panas dan meracau – racau.
Dengan tenaga yang ada saya gagahi jua , saya sapu badan anak saya dengan air asam jawa.Allhamdulillah, badan nya beransur stabil dan Ahmad Yasin mengganguk – anggukan kepala.Mungkin dia setuju.
Jam menunjukan 6.00 pagi. Saya memang malam tersebut hampir tidak boleh melelapkan mata.Terasa sendi – sendi seakan menggigit.Saya menyatakan pada isteri, kita harus bersiap, menghadapi sebarang kemungkinan. Seawal pukul 7 pagi saya ke hospital kulai.
Di bilik pemeriksaan , saya menanti penuh debaran, anak saya , Ahmad Yasin, 2 di sahkan demam biasa. Cuma saya , ada tanda – tanda demam denggi, Ya mugkin denggi kata pembantu perubatan. Saya cuba bertanya ,kenapa tiada doktor yang buat pemeriksaan. Katanya doktor sibuk di wad.
Jam 11.00, masih tiada lagi katil yang kosong, saya masih lagi menunggu bersama isteri dan anak.saya telah dimasukkan air untuk menampung air yang berkurangan dalam badan .Melihat wajah isteri dan anak saya cukup terharu.Ia bagaikan menyuntik semangat baru untuk saya . Di hospital kita pasti menemui wanita-wanita berhati mulia, berjiwa besar, sabar menunggu, reda menemani suami dan anak-anak yang terlantar sakit.
Saya tabik melihat wanita – wanita ini. Ada kalanya mereka sudah bertahun-tahun setia membelai, menanggung keperitan, terpaksa mengagihkan masa di wad dan berkejar pula menyiapkan keperluan di rumah, tanpa sebarang keluhan.
Yang pasti, tiada tanda kesal di wajah mereka, walaupun nampak letih-lesu tidur berbantalkan lengan sambil melayani pelbagai karenah suami atau anak-anak.
Begitu juga para doktor dan jururawat yang dedekasi tanpa mengenal sempadan bangsa dan agama , menyantuni pesakit dengan senyum . Sekali gus menempelak , kata – kata nista yang dilemparkan oleh seorang menteri “ doktor curi tulang”.
Di dalam wad , saya duduk di katil di tepi tingkap.Kata Nurse yang ber tugas, saya tka lama mungkin dalam sejam dua di benarkan pulang. Isteri dan anak menuggu di surau. Berada diatas katil hospital memang tersa kelainan dari katil dirumah, sunyi , hening dan syahdu. Pergantungan langsung terus tembus kepada Allah. Malangnya, rasa kudus itu tidak lama berbekas, ia selalunya cepat hilang sebaik suasana bertukar. Begitu lalai dan lekanya insan sehinggalah direntap kematian, walhal tika itu tiada lagi gunanya sebarang peringatan.
Jam menunjukan 3.45 petang, solat zohor belum sempunakan .Dalam keadan itu, teringat pula pesan arwah ayah , solat mesti dilaksanakan melain pensan atau gila.
Kuliah magrib di masjid ciq oleh ustas Muhyidin tentang solat ketika sakit dan buku panduan solat sempurna ustaz Zaharuddin banyak membantu dalam menentukan kedudukkan dan arah kiblat. Dengan bantuan tiang tempat sangkut air saya pergi ke tandas, untuk mengambil wuduk.Lalu bersolat lah saya diatas katil.Ketika sujud , terasa senak didalam mata. Saat-saat genting dan kritikal itu sebenarnya menumbuhkan rasa khusyuk yang "cukup membahagiakan". Ya ... terasa kerdil dan hinanya diri, tiada upaya melawan takdir, saat bagai menanti hakim menjatuhkan hukuman, yang tiada proses rayuan lagi.
Tapi saya berani menyatakan hampir 90 % pesakit di hospital tidak solat.Ini satu kenyataan yang mest dipandang secara serius dan pada kesempatan lain saya akan coretkan.
Jam hampir 5 petang, saya dibenarkan keluar, Isteri tersenyum dari kejauhan , Syukur, penyakit yang tidak diundang membawa bersamanya rahmat, mengeratkan persaudaraan, memaknakan kehidupan._

Tiada ulasan: