Sabtu, 7 Mac 2009

AMUKAN BAHASA


Dalam ratusan ribu yang berarak ke Istana negara , aku juga berhak bersuara .Ini kerana aku terlibat secara laangsung PPSMI ini.Selama ini aku hanya berdiam, membantah hanya mengikut massa dan ruang yang ada ( berbahas dikantin sekolah) dan menceritakan kepada pelajar anak bangsa ku sendiri tentang bahana PPSMI.Tapi kini segalanya kian terselah........ Sebenarnya aku membantah sejak dari 2003 lagi...semasa di tahun akhir dalam bidang Matematik. Kerana pada fikiran ku , aku mungkin tidak mampu mempelajari ilmu sains dan matematik jika ianya diajar dalam bahasa penjajah itu.Jauh disudut hati aku membeci bahasa inggeris.Semasa tahun 2003, aku terlibat dalam soal selidik tentang pengajaran PPSMI ini, Dibawah seorang profesor Matematik.Rata - rata masyarakat melayu membantah.Tetapi bagaikan sampah yang disimpan dibawah kapet. Masa berlalu, zaman beredar, 2004 aku tempatkan di sekolah luar bandar. disitu aku mengajar matematik dan fizik.Setelah sekian lama mengajar( 6 tahun),bagi aku ini sangat membebankan anak bangsaku.Mana mungkin, anak bangsa ku yang masih miskin dan belum berjiwa besar mampu belajaar dengan baik dalam bahasa orang lain.dah la mereka begitu takut dan fobia bila mendengaar matematik dan Fizik.Setahu aku apa yang kurangnya bahasa melayu.Aku daari darjah satu sampai lah ke tahun akhir balajar matematik dalam bahasa melayu.Aku dapati tiada satu pun istilah yang kurang. Dan kemuncaknya, 7 mac 2009, ratusan ribu umat malayu berarak membantah, episod malang bagi suatu bahasa.Mereka tidak rela bangsa dan bahasa mereka menjadi bahan eksperimen didalam "makmal yang tiada etika saintifik".Ayuh bangsa ku, wadah ini telah dibuka.! 12.20 pm( selepas kelas tambahan Fizik) 8 mac 2009

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bangsa yang tidak menghormati bahasanya, adalah bangsa yang tidak menghormati bangsanya sendiri,sekali gus tidak tahu nilai harga diri satu bangsa..

Dgn izin Tuan Mahadi, sila baiki kembali atikel Tuan, krn byk ejaan yg silap.. =D